Payment pertama Adsense dari Google

Alhamdulillah payment pertama Adsense dari Google sudah diterima, setelah berbulan-bulan-bulan (banyak betul bulan) berblog di Blogger Sentral. Saya tak guna cek tapi guna perkhidmatan Western Union Quick cash. Jadi tak ada gambar cek untuk dikongsi di sini. Kalau cek mungkin makan bulan gamaknya sebelum dapat pegang duit, tapi dengan Quick Cash, khabarnya boleh siap dalam masa satu hari saja.

Senang saje nak cash in, pergi mana-mana bank yang ada logo Western Union -RHB, CIMB, BSN, pejabat pos dan Public Bank (kalau tak silap).

Saya pergi RHB bank, mintak borang Western Union, isi nama, alamat, Money Transfer Control Number (MTCN) dan amaun dalam USD, pastu tunggu. Tak sampai 20 minit selepas serahan, duit pun dapat! Duit dapat dalam matawang RM. Cepat betul dapat duit dengan Quick Cash nih!  Amaun yang dapat tu ciput jer, setakat melepasi amaun minima (payment threshold) USD100.

2010_031100112010_03110010

Lepas dapat duit terus keluar dari bank, bila sampai rumah duit dah habis. Ingatkan ambil duit jer yang cepat, rupanya perabih duit lagi cepat! ish ish ish (sambil geleng-geleng kepala) :)

Read more ...

Senarai personaliti Malaysia paling dipercayai (most trusted Malaysians)

siapa boleh dipercayaiSemalam saya ada baca Reader’s Digest bulan Mac. Dah lama terima tapi masih dok dalam sampul, tak terbaca. Ada satu artikel yang saya nak kongsi di sini. Dalam artikel bertajuk “Malaysia, Who Do You Trust?” Reader’s Digest telah menyenaraikan 50 personaliti terkenal tanahair berdasarkan kebolehpercayaan (trustworthiness) mereka. Personaliti yang dipilih adalah mereka yang cemerlang dalam bidang masing-masing. Saya tengok banyak artis dan ahli sukan yang tersenarai, dan tiada ahli politik.

Survey dibuat pada Oktober 2009, berdasarkan skala 1 (“Tak boleh dipercayai langsung”) hingga 10 (“Percaya sepenuhnya”). Ranking dibuat mengikut purata markah bagi setiap personaliti. Jadi siapa yang dapat markah tertinggi akan berada pada tangga paling atas -paling dipercayai. Siapa yang dapat markah paling rendah akan berada paling bawah -paling tak boleh dipercayai.

Dah sedia nak tengok? Jom kita tengok siapa yang masuk Top Ten dulu:

nicol david
  1. Datuk Nicol David
  2. Tan Sri Dr Jemilah Mahmood
  3. Datuk Lee Chong Wei
  4. Dato’ Mohamed Nor Khalid (Lat)
  5. Dato’ Jimmy Choo OBE
  6. Adibah Noor
  7. Dato’ Michelle Yeoh
  8. Dato’ Jins Shamsuddin
  9. Afdlin Shauki
  10. Chef Wan dan
    Datin Paduka Sharifah Mazlina

Yang berada tengah-tengah rasanya saya tak payah senaraikan (lenguh weh nak taip!). Lagipun biasalah dalam senarai besar, orang tak nak tengok yang tengah-tengah. Kumpulan paling atas dan paling bawah selalunya jadi perhatian.

Sekarang jom kita tengok pula the Bottom Ten pula (saya sebenarnya lebih berminat nak tahu yang ini berbanding top ten).

azwan ali
  1. Mano Maniam
  2. Deanna Yusoff
  3. Sharifah Amani
  4. Reshmonu
  5. Angelica Lee
  6. Ning Baizura
  7. Ella
  8. Lillian Too
  9. Awie
  10. Azwan Ali

Haa apa pendapat anda? Ataupun ada yang kecewa tak masuk senarai :)

Photo credit: www.squash.me.uk dan thestar.com.my
Read more ...

Israel haramkan berkabung pada Hari Nakba

Hari Nakba atau Hari Malapetaka (catastrophe) ialah hari mengingati tarikh terbentuknya Israel pada May 15 1948. Kepada Israel hari itu ialah hari kemerdekaan mereka, manakala untuk rakyat Palestin ianya adalah satu malapetaka. 700,000 rakyat Palestin dihalau dari tempat tinggal dan tanah air mereka dan beribu-ribu terbunuh untuk mewujudkan negara Israel. Lebih 450 bandar dan kampung dimusnahkan. Maka sewajarnyalah mereka berkabung.

nakba1

Tapi Israel pada February lepas telah meluluskan undang-undang pengharaman tersebut. Logiknya (logik Zionis)

If they have nothing to mourn over they will have no reason to rebel

Jelas mereka nak hapuskan ingatan rakyat Palestin kepada kejahatan Israel, supaya lama-kelamaan kemarahan mereka terhadap Israel akan hilang.

Begitulah Israel dengan penindasan berterusannya ke atas rakyat Palestin. Dan Palestin dahlah tertindas, tiada siapa nak tolong.

Kita kat Malaysia hidup terlampau selesa, jadi tak dek sampai akal kita nak fikir macamana nak tolong orang susah macam rakyat Palestin.

Further readings:

THE DAY PALESTINE WAS BURNT OFF THE MAP

The untold stories

1948 Palestinian Exodus

Read more ...

Tongue twisters

Tongue twister Apa kata anda berhenti surfing sekejap dan cuba exercise lidah dengan menyebut tongue twisters di bawah.

How much wood would a woodchuck chuck
If a woodchuck would chuck wood?
A woodchuck would chuck all the wood he could chuck
If a woodchuck would chuck wood.

Mr. See and Mr. Sore were old friends. See owned a saw and Sore owned a seesaw.
Now See's saw sawed Sore's seesaw before Sore saw See, which made Sore sore with See.
Had Sore seen See's saw before See's saw sawed Sore's seesaw, then See's saw would not have sawed Sore's seesaw.
But See saw Sore and Sore's seesaw before Sore saw See's saw; so you see how See's saw could saw Sore's seesaw.
It was a shame to see Sore so sore with See, just because See's saw sawed Sore's seesaw.

A Kentukian named Knott could not knit, so Knott invented a knitter called the Knott Knitter, but the Knott Knitter would not knit knots. One day while Knott was not knitting on the Knott Knitter, Knott invented an attachment for the Knott Knitter called the Knott Knitter Knotter. When Knott attached the Knott Knitter Knotter to the Knott Knitter, no man could knit knots like Knott knit on the Knott Knitter.

Three sweet switched Swiss witches watch three washed Swiss witch Swatch watch switches. Which sweet switched Swiss witch watches which washed Swiss witch Swatch watch switch?

Dan satu dalam Bahasa Melayu:

Kakakku kata kuku kaki kiriku kotor; kukikis-kikis kuku kotor kaki kiriku.

Enjoy!

Anda ada tongue twisters kegemaran yang nak dikongsi?

 

Source: Alphadictionary.com

Read more ...

Cenderahati dari pakcik Google

Setelah lebih seminggu menunggu akhirnya benda tu sampai jugak. Sebenarnya barang ni ialah hadiah dari Google kepada Top Contributors (a.k.a. Blog*Stars) di Blogger Help Forum di atas khidmat mereka. Blog*Star ialah title yang diberi oleh Blogger kepada sukarelawan-sukarelawan yang banyak membantu menyelesaikan masalah pengguna di Blogger Help Forum.

Jom lihat apa yang saya dapat…

2010_031100032010_03110004

Eh kotak banyak cantik, siap belang-belang ala Paul Smith. B+ untuk pembungkusan :). Apakah gerangan barang/gadget di dalamnya?

Ya, tak lain dan tak bukan, frame gambar. Sebenarnya memang saya dah tahu Google akan hantar frame gambar, tapi setelah baca dia punya specs dan buat test run maka saya kira ia sedikit banyak mengecewakan. Bateri yang dibekalkan, belumpun guna dah “dead”. Ini mesti barang stok lama.

2010_031100052010_03110006

Saya harapkan kualiti barang tu hebat, sehebat sebuah syarikat besar seperti Google, rupanya tidak. Tapi takpelah, harganya RM0, jadi kualitinya kira setaraflah dengan barang RM0. D- untuk kualiti :(

Sebenarnya ada hadiah yang lebih baik untuk Blog*Stars yang tinggal di US dan UK, mereka dapat handset Google Nexus One (siapa cepat dia dapat). Alahai melepas saya nak rasa phone canggih. Maka kekallah saya dengan Nokia cap ayam.

Maybe next time Google can do better.

Read more ...