Senarai personaliti Malaysia paling dipercayai (most trusted Malaysians)

siapa boleh dipercayaiSemalam saya ada baca Reader’s Digest bulan Mac. Dah lama terima tapi masih dok dalam sampul, tak terbaca. Ada satu artikel yang saya nak kongsi di sini. Dalam artikel bertajuk “Malaysia, Who Do You Trust?” Reader’s Digest telah menyenaraikan 50 personaliti terkenal tanahair berdasarkan kebolehpercayaan (trustworthiness) mereka. Personaliti yang dipilih adalah mereka yang cemerlang dalam bidang masing-masing. Saya tengok banyak artis dan ahli sukan yang tersenarai, dan tiada ahli politik.

Survey dibuat pada Oktober 2009, berdasarkan skala 1 (“Tak boleh dipercayai langsung”) hingga 10 (“Percaya sepenuhnya”). Ranking dibuat mengikut purata markah bagi setiap personaliti. Jadi siapa yang dapat markah tertinggi akan berada pada tangga paling atas -paling dipercayai. Siapa yang dapat markah paling rendah akan berada paling bawah -paling tak boleh dipercayai.

Dah sedia nak tengok? Jom kita tengok siapa yang masuk Top Ten dulu:

nicol david
  1. Datuk Nicol David
  2. Tan Sri Dr Jemilah Mahmood
  3. Datuk Lee Chong Wei
  4. Dato’ Mohamed Nor Khalid (Lat)
  5. Dato’ Jimmy Choo OBE
  6. Adibah Noor
  7. Dato’ Michelle Yeoh
  8. Dato’ Jins Shamsuddin
  9. Afdlin Shauki
  10. Chef Wan dan
    Datin Paduka Sharifah Mazlina

Yang berada tengah-tengah rasanya saya tak payah senaraikan (lenguh weh nak taip!). Lagipun biasalah dalam senarai besar, orang tak nak tengok yang tengah-tengah. Kumpulan paling atas dan paling bawah selalunya jadi perhatian.

Sekarang jom kita tengok pula the Bottom Ten pula (saya sebenarnya lebih berminat nak tahu yang ini berbanding top ten).

azwan ali
  1. Mano Maniam
  2. Deanna Yusoff
  3. Sharifah Amani
  4. Reshmonu
  5. Angelica Lee
  6. Ning Baizura
  7. Ella
  8. Lillian Too
  9. Awie
  10. Azwan Ali

Haa apa pendapat anda? Ataupun ada yang kecewa tak masuk senarai :)

Photo credit: www.squash.me.uk dan thestar.com.my

26 comments:

kertaz said...

Yg worst ten (#50) tu aku sokong.. Ahahhaha..

Greenlava said...

@kertaz
Saya tak menyokong, tapi bersetuju :)

hafizmd said...

hehe..betul ke nie?hehe..no komenlah..

Greenlava said...

@hafizmd
Ya betul list ni memang ada, "betul" ke tak betul dia punya ranking, itu terpulang :)

zue said...

klu senarai top ten tu zue setuju.

Adry said...

aku setuju sangat yang top ten tu

Adry @ http://www.adrysabry.com

Greenlava said...

@zue
@Adry
Top ten dia nampak macam okay.
Terimakasih kerana tinggalkan komen.

zaiMi said...

yang paling tak boleh dipercayai tu yang paling aku setuju. diva tergebus. haha

Kujie said...

eee..lupa senaraikan Kak Jie ni.. he h ehe

ftrhd said...

oh last ten tu memang takleh caya a..haha tak tau lak ada list camni..apa-apa pun nicol ann david tetap best :)

Luke said...

deana yusoff pun ade lah..awwww :)

Greenlava said...

@zaiMi
OH GITEW! :)

@Kujie
oops betul la no.51 lupa taip...bwa bwa bwahaha

@F I T
Ya Pocket Rocket memang best

adie said...

dengar kabarnya dalam 50 tu,sorang ahli politik pun takde.maknanya, Azwan Ali lebih dipercayai dari ahli politik.huhu..

Greenlava said...

@Luke
Eh kenapa excited semacam bro?.
Ada apa dengan Deanna Yusoff? :)

mdhafiz said...

bak kata azwan ali, ada aku kesah?? hahaha.. btw, sebenarnya..x byk artis malaysia yg boleh jd idola apatah lagi ikon.. kalau artis malaysia x sah namanya kalau x clubbing! support Nicole David!!

Greenlava said...

@Mr PenyuBiru
Ahli politik tak masuk dalam survey, jadi tak tau setakat mana kebolehpercayaan (kalaulah ada :)) mereka.

@Hafiz Mohd
setuju, setuju

kisahremaja said...

Yang nombor 50 memang teramat setuju...... ;-)

kisahsensasi said...

Hmmm.... dah lama saya tak baca reader digest.... last time masa skolah dulu2

Greenlava said...

@kisahremaja
Fofular betul no 50

@kisahsensasi
Reader's Digest dah tak macam dulu lagi. Sekarang ni terlampau banyak iklan :(

Ken Wooi said...

interesting list.. haha.. nicolde david no 1.. nice =)

fakhruddin said...

kalau diorang wat list most untrusted malaysians aku berminat nk baca = )

Greenlava said...

@kenwooi
Yeah it is...

@fakhruddin
susah sikit nak buat list tu, banyak sngat saingan :)

Samdaddycool said...

Pedih juga tersenarai pada ga10 terbawah ekk..

Greenlava said...

@samdaddycool
Risiko orang famous. Sebab tu saya tak jadi artis hehe

lehfopingu said...

hahha..
mcm2 btl la..

lehfopingu.blogspot.com

H Y D E said...

mano maniam pon ada ka...hahaha

Post a Comment