Katakan tidak kepada lemak trans (trans fat)!

no trans fatSaya baru saja pulang dari Kuantan, ziarah sedara. Kaitannya dengan lemak trans? Semasa berada di sana saya ada terbaca satu buku terbitan CAP (Consumers Association of Penang) mengenai lemak trans (trans fat). Ekoran dari itu saya fikir ada baiknya saya tulis serba sedikit yang saya tahu tentang lemak trans untuk dikongsi bersama. Kalau salah tolong betulkan.

Andapun mungkin pernah dengar atau dah tahu tentang lemak trans ni. Mungkin anda juga perasan banyak juga produk yang dilabel “No trans fat” atau “Trans fat free” sebagai sales pitch mereka. Bagi pembaca yang tak pasti apa itu lemak trans dan kesannya kepada pengguna, teruskan membaca….

Apa itu lemak trans?

Rasanya tak lengkap kalau tak cerita sikit pasal penggunaan lemak dalam industri makanan sehingga terbitnya lemak trans ini.

Pada zaman dahulu, lemak tepu/pejal (saturated fat) dimasukkan ke dalam ramuan membuat biskut, kek dan roti supaya ia lebih sedap dan tahan lama. Lemak tepu ini datangnya dari haiwan. Di Barat lemak tepu yang paling popular (kerana murah) ialah lemak babi (lard). Ciri penting pada lemak tepu ialah ia membeku (separa pejal) pada suhu bilik, ciri inilah yang membuat ia segar lebih lama, tak mudah tengik.

Tapi oleh kerana lemak babi (dan lemak haiwan amnya) penuh dengan kolesterol mereka terpaksa cari alternatif yang lebih sihat. Maka lahirlah proses hydrogenation iaitu proses untuk memejalkan minyak sayuran cair supaya memiliki ciri separa pejal seperti lemak tepu. Produk yang terhasil inilah yang dipanggil lemak trans* -lemak yang separa pejal, murah dan tiada kolesterol. Sangat sesuai untuk industri makanan dan menyihatkan! (kononnya).
*lemak trans terhasil dengan proses partial hydrogenation. Proses complete hydrogenation tak menghasilkan lemak trans tapi lemak yang dihasilkan terlalu keras.

Bahaya lemak trans

Kenapa lemak trans bahaya? Ia bahaya kerana ia tidak semulajadi. Secara fizikalnya ia nampak macan lemak tepu, tapi badan kita tak mampu mencernanya sebagaimana lemak tepu kerana struktur molekulnya berbeza dari lemak tepu.

Sedutan dari website PSA Rising mengenai lemak trans:

Brian Olshansky, M.D., a cardiologist and University of Iowa Health Care professor of internal medicine, ‘involves putting hydrogen atoms in the wrong place. It’s like making a plastic.’

‘The problem with trans fatty acids is that your body doesn’t know what to do with them,’ Olshansky said in a press release in 2003 which we carried on this page. ‘Trans fatty acids may help preserve food so that it tastes good, but your body can’t break them down and use them correctly,’ Olshansky said. ‘Normal fats are very supple and pliable, but the trans fatty acid is a stiff fat that can build up in the body and create havoc.

Lemak trans lebih bahaya dari lemak haiwan tepu, sedangkan tujuan asalnya ialah sebagai alternatif yang lebih sihat kepada lemak tepu yang bahaya tersebut. Dah banyak kajian dibuat dan bahaya lemak trans sudah tidak boleh disangkal lagi.

Lemak trans meningkatkan kolesterol jahat LDL dan mengurangkan kolesterol baik HDL. Ia menyumbat arteri, meningkatkan risiko penyakit jantung, strok. Ia juga dikatakan menyebabkab kanser dan kencing manis.

Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB dan WHO (World Health Organization)menggesa lemak trans disingkirkan terus dari makanan awam.

Makanan yang mengandungi lemak trans.

trans fat

Lemak trans ada di mana-mana. Kalau makanan itu diproses kemungkinan besar ia mengandungi lemak trans -marjerin, susu bayi, biskut, roti, kek, kopi premix, makanan segera (kentang goreng direndam di dalam lemak trans sebelum digoreng, minyak gorengan dicampur lemak trans supaya tahan lama), makanan beku, donut, cookies, potato chips, pastri, sos, salad dressing, krimer bukan tenusu.

Apa yang kita boleh lakukan?

Sebelum beli baca dulu, di dua tempat berbeza pada bungkusan makanan tersebut:

  1. Ramuan -semak samada wujud minyak sayuran terhidrogen (hydogenated vegetable oil),  minyak sayuran separa terhidrogen (partially hydogenated vegetable oil), lelemak sayuran (vegetable shortening), marjerin. Ada yang berselindung disebalik nama minyak sayur, minyak sawit dan sebagainya.
    minyak terhidrogen
  2. Maklumat pemakanan -kandungan lemak dan pecahannya, lemak tepu (saturated fat), lemak mono tak tepu (monounsaturated fat), lemak poli tak tepu (polyunsaturated fat)  dan lemak trans (trans fat). Bagi makanan berasal dari USA “0g trans fat” atau “trans fat free” tidak bermakna tiada langsung lemak trans. Ia hanya bermakna lemak transnya kurang dari 0.5g bagi setiap serving.
    trans fat label

Kalaupun ramuan di atas tiada di dalam label makanan yang anda nak beli, itu tak semestinya tidak wujud lemak trans dalam makanan tersebut. Undang-undang pelabelan makanan (dan penguatkuasaan) di Malaysia taklah strict sangat jadi tak susah untuk pengilang mengelak dari menyenaraikan kandungan sebenar produk mereka. Dan banyak juga pengilang yang tipu, logo halal orang boleh tipu, inikan pula benda “kecik” macam ini.

Teringat lagi semasa saya belajar di US dulu. Bila shopping, untuk memastikan makanan tu halal, menjadi amalan saya (dan majoriti pelajar Islam) untuk membaca senarai ramuan dan maklumat pemakanan sebelum membeli. Ramuan “penjahat” yang sangat ditakuti ialah lemak babi (lard), dan ramuan “hero” yang dicari ialah partially hydrogenated vegetable oil dan vegetable shortening, kerana berasal dari tumbuhan. Biasanya kalau ada partially hydrogenated vegetable oil atau vegetable shortening tak akan ada lard dalam tu, jadi selamatlah untuk dibeli.

Masa tu tahun 80an, partially hydrogenated vegetable oil popular sebab ia dianggap menyihatkan. Tak sangka yang dianggap hero itu rupanya penjahat nombor satu dan namanya lemak trans! Ia lebih ganas dari segala lemak-lemak penjahat yang ada samada dari haiwan atau tumbuhan.

Masa mengubah segalanya kan?

Ingat, dan semak dulu sebelum beli, dan katakan tidak kepada lemak trans!

12 comments:

Unknown said...

info yg blh guna...

alahai..
slama ni main telan ja mknn...
x fikir apa kandungan dia...
main bedal ja

Greenlava said...

@a d r e y n i e e l i s y a
Apa-apapun mesti mau baca sebelum beli

Kujie said...

erk.... ngeri pula bila nengok gambar biskut, donut segala macam tu...tapi kalau depan mata
erk..lupa pasal lemak2 ni

kena disiplinkan diri secara teratur

Greenlava said...

@Kujie
Nak disiplinkan diri supaya konsisten dalam memutuskan yang mana boleh dimakan/dibeli dan yang mana tak boleh dimakan/dibeli...bab ni susah sikit kan?

miss lolly a.k.a luvfareda said...

fuhhhhhhhhhhhh ngeri tapi maks tatap suker.

masih xinsap :(

Greenlava said...

@miss lolly a.k.a luvfareda
Kalau dah ketagih memang susah la wey :)

elok langita said...

infoo kreeen.. mkashy buat infonyaaa.. ^___^

Dolmar Desserts said...

aisehmennn, sama pula nama belog kita! T__T

Greenlava said...

@elok langita
Sama-sama

@Amar Amirah
Eh betul la...siap gambar ayam lagi :)

Anonymous said...

whooa...
baru tahu...
thnx

Anonymous said...

Paling selamat makanan yg dimasak tanpa minyak langsung..goreng ayam ikan sayur pakai kuali tak melekat...........tapi berapa lama boleh bertahan?makanan kat kedai kena elakkan terus...he3

Anonymous said...

mohon share..sy share kt page fb solid food for my baby :).mksh..

fuzah

Post a Comment