Alhamdulillah payment pertama Adsense dari Google sudah diterima, setelah berbulan-bulan-bulan (banyak betul bulan) berblog di Blogger Sentral. Saya tak guna cek tapi guna perkhidmatan Western Union Quick cash. Jadi tak ada gambar cek untuk dikongsi di sini. Kalau cek mungkin makan bulan gamaknya sebelum dapat pegang duit, tapi dengan Quick Cash, khabarnya boleh siap dalam masa satu hari saja.
Senang saje nak cash in, pergi mana-mana bank yang ada logo Western Union -RHB, CIMB, BSN, pejabat pos dan Public Bank (kalau tak silap).
Saya pergi RHB bank, mintak borang Western Union, isi nama, alamat, Money Transfer Control Number (MTCN) dan amaun dalam USD, pastu tunggu. Tak sampai 20 minit selepas serahan, duit pun dapat! Duit dapat dalam matawang RM. Cepat betul dapat duit dengan Quick Cash nih! Amaun yang dapat tu ciput jer, setakat melepasi amaun minima (payment threshold) USD100.
Lepas dapat duit terus keluar dari bank, bila sampai rumah duit dah habis. Ingatkan ambil duit jer yang cepat, rupanya perabih duit lagi cepat! ish ish ish (sambil geleng-geleng kepala) :)