Payment pertama Adsense dari Google

Alhamdulillah payment pertama Adsense dari Google sudah diterima, setelah berbulan-bulan-bulan (banyak betul bulan) berblog di Blogger Sentral. Saya tak guna cek tapi guna perkhidmatan Western Union Quick cash. Jadi tak ada gambar cek untuk dikongsi di sini. Kalau cek mungkin makan bulan gamaknya sebelum dapat pegang duit, tapi dengan Quick Cash, khabarnya boleh siap dalam masa satu hari saja.

Senang saje nak cash in, pergi mana-mana bank yang ada logo Western Union -RHB, CIMB, BSN, pejabat pos dan Public Bank (kalau tak silap).

Saya pergi RHB bank, mintak borang Western Union, isi nama, alamat, Money Transfer Control Number (MTCN) dan amaun dalam USD, pastu tunggu. Tak sampai 20 minit selepas serahan, duit pun dapat! Duit dapat dalam matawang RM. Cepat betul dapat duit dengan Quick Cash nih!  Amaun yang dapat tu ciput jer, setakat melepasi amaun minima (payment threshold) USD100.

2010_031100112010_03110010

Lepas dapat duit terus keluar dari bank, bila sampai rumah duit dah habis. Ingatkan ambil duit jer yang cepat, rupanya perabih duit lagi cepat! ish ish ish (sambil geleng-geleng kepala) :)

9 comments:

a1zudd1n said...

cambest..boleh ajar adsense x?hehe

Nadri said...

tahniah..blh share mcmana cara nak dapat duit drp Adsense..

Greenlava said...

@a1zudd1n
Apa-apapun apply akaun Adsense dulu
Inside AdSense : Before you apply to AdSense

samdaddycool said...

Caiyok! Tahniah atas duit Adsense pertama...

p/s- nampak macam senang.. tapi jenuh juga nak cecah min payout (utk mcm aku yg tak terer GA neh)..

Greenlava said...

@Nadri
Sama macam lain-lain iklan jugak, kena apply, lepas approve baru boleh pasang iklan.

@samdaddycool
Terimakasih
Memang susah, lagilah kalau sekadar berdomainkan blogspot.

Nikel Khor said...

wah..so nice get ur payment via WU

Greenlava said...

@Nikel Khor
Thanks man

TokNabe said...

Tak apa sikit-sikit lama2 jadi bukit...... kalau disimpan ler. Kalau perabis.....yang berbukit pun boleh gondol.. :)

Greenlava said...

@TokNabe
Nampaknya kena simpan sikit, jadi busut pun takpe :)

Post a Comment